4:44 PM

(1) Comments

Telur puyuh dieram sekitar 300 biji

suhaime - 019-6177040




Telur puyuh yang dieram utk penetasan,

Salam sejahtera...agak lama saya tidak update blog saya ni. Untuk perkembangan terkini selain dari membekal inkubator penetas telur saya juga bergiat aktif dalam membekal anak-anak puyuh kepada penternak puyuh yang lain. Buat masa ni saya eramkan sebanyak 600biji dalam satu2 masa. Saya memohon maaf kepada penternak yang masih menunggu pesanan anak puyuh kerana ada yang masih didlm "waiting list" saya, harap bersabar menunggu giliran anda seterusnya. Atas permintaan anak puyuh yang tinggi ini InsyaAllah dalam masa yang terdekat jumlah inkubator akan ditambah atau diperbesarkan. Kesemuannya yang ada buat masa ini telah ditempah oleh beberapa penternak puyuh yang lain. Alhamdulillah. Atas galakkan isteri dan sahabat-sahabat, saya berazam untuk mempertingkatkan jumlah pengeluaran anak-anak puyuh ini bagi menyahut permintaan penternak puyuh yang menghadapi masalah bekalan anak puyuh yang terhad.
1 Response to "Telur puyuh dieram sekitar 300 biji"
muhammad said :
October 22, 2011 at 12:36 PM
assalamualaikum

boleh sy tahu brp peratus kadar penetasan anak puyuh tuan utk 300 biji dlm inkubator di atas??

Post a Comment