4:44 PM

(1) Comments

Telur puyuh dieram sekitar 300 biji

suhaime - 019-6177040




Telur puyuh yang dieram utk penetasan,

Salam sejahtera...agak lama saya tidak update blog saya ni. Untuk perkembangan terkini selain dari membekal inkubator penetas telur saya juga bergiat aktif dalam membekal anak-anak puyuh kepada penternak puyuh yang lain. Buat masa ni saya eramkan sebanyak 600biji dalam satu2 masa. Saya memohon maaf kepada penternak yang masih menunggu pesanan anak puyuh kerana ada yang masih didlm "waiting list" saya, harap bersabar menunggu giliran anda seterusnya. Atas permintaan anak puyuh yang tinggi ini InsyaAllah dalam masa yang terdekat jumlah inkubator akan ditambah atau diperbesarkan. Kesemuannya yang ada buat masa ini telah ditempah oleh beberapa penternak puyuh yang lain. Alhamdulillah. Atas galakkan isteri dan sahabat-sahabat, saya berazam untuk mempertingkatkan jumlah pengeluaran anak-anak puyuh ini bagi menyahut permintaan penternak puyuh yang menghadapi masalah bekalan anak puyuh yang terhad.

4:26 PM

(1) Comments

Anak puyuh umur 2 hari

suhaime - 019-6177040






Anak-anak puyuh yang masih tinggal di dalam inkubator sebelum dipindahkan ke dalam brooder.

Anak puyuh dibiarkan di dalam inkubator selama 2-3 hari bagi merangsang penguatan otot-otot kaki untuk tujuan megelakkan dari kaki anak-anak puyuh menjadi cacat (terkangkang). Jika terlalu cepat dipindah ke permukaan licin, anak puyuh mungkin menghadapi kegagalan utk berdiri tegak dan cacat seumur hidup. Setelah anak puyuh benar-benar segar dan aktif (berlari pantas) barulah dipindahkan ke dalam brooder atau tempat pemanasan selama 2 minggu.

4:02 PM

(0) Comments

Anak ayam kampung untuk dijual

suhaime - 019-6177040





Anak ayam kampung kacuk "sabung+kampung".
Umur : 3 bulan
Berat : 500-600gm/ekor
Harga : RM8/kilo
Jumlah : 8 ekor